© UTUSAN MELAYU (M) BHD E-mail:online@utusan.com.my
Kes 1 - 9 Ogos 2001
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang memeanjat mesin basuh yang diletakkan di tepi anjung belakang rumahnya di tingkat 18, Kinta Heights, Ipoh, Perak maut selepas terjatuh dari anjung itu.
Kes 2 - 10 Disember 2001
Anak bongsu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahudan Kassim maut setelah terjatuh dari tingkat 31, kondominium Sri Bistari, Jalan Putra, Kuala Lumpur.
Kes 3 - 8 Ogos 2002
Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun mati setelah mengalami kecederaan Parah apabila terjatuh dari balkoni di tingkat sembilan pangsapuri Sri Panglima A, Bukit Saujana, Johor Baharu, Johor.
Kes 4 - 8 September 2004
Gara-gara mahu meniru aksi seperti hero ala Spiderman, seorang kanak-kanak berusia enam tahun terjun dari tingkat empat Flat Bijangga, Kuala Terengganu.
Kes 5 - 13 Oktober 2004
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati selepas terjatuh dari tingkat 14, Flat Pelangi Damansara, Kuala Lumpur.
Kes 6 - 24 September 2006
Seorang kanak-kanak mati terjatuh dari tingkat 10, Pangsapuri Seri Saujana, Wangsa Permai Kepong, mangsa dipercayai terjatuh ketika melihat keluar tingkap pangsapuri yang tidak ditutup setelah patung arnab kesayangnya jatuh dalam kejadian yang berlaku. |